
Riwayat Pernikahan & Jenis Pernikahan
Agama-agama
mengakui bahwa pernikahan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam
a.s. bersama Hawa. Perkawinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang
dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua.
Ini merupakan suatu sistem perkawinan yang disyariatkan bagi umat manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselipkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan
anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang
sebenarnya.
Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahwa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu. Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkawinan berlainan keturunan.
jenis pernikahan
Jenis-jenis pernikahan
* Poligami adalah pernikahan lelaki dengan lebih satu wanita. Poligami ini sudah di anut oleh hampir semua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa hak dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.
* Poliandri merupakah pernikahan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep umum dari poligami). pernikahan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet,
Belum Ada Komentar